Menu diatas adalah Nasi Tomato berlaukan Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma,Dalca Sayuran serta Acar Sayuran.Nasi Tomato dimasak menggunakan beras Basmathi ditambah dengan sukatan minyak sapi,susu dan rempah-ratus mengikut sukatan,dihiasi juga dengan kismis sebagai penambah rasa.Ayam Masak Merah dimasak dengan rempah-ratus,tomato pure dan susu mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Daging Masak Kurma dimasak dengan rempah-ratus dan susu.Manakala untuk Dalca Sayuran pula dimasak dengan rempah-ratus bersama sayur kacang panjang,lobak merah,ubi kentang,terung serta tomato.Acar Sayuran pula dimasak debgan rempah-ratus,timun,lobak merah,jeruk anggur,biji sawi,kismis dan bijan.Untuk tempahan sila hubungi di talian telefon ini 09-6229586 atau e-mail kepada warungnangkasb@gmail.com
No comments:
Post a Comment